SHARE
loading...

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Akhirnya, pihak produksi iaitu pengarah drama Izinkan Aku Mencintaimu, Mansor Akob atau lebih dikenali sebagai Manchi telah tampil memberi penjelasan tentang kontroversi yang melanda 2 pelakon utamanya, Aliff Aziz dan Afifah Nasir. Kalau sebelum ini ada dakwaan dari Afifah yang pihak produksi menyuruhnya rapat dengan Aliff, ternyata dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Menurut Manchi, tidak pernah ada sebarang arahan dikeluarkan untuk mereka berdua merapati antara satu sama lain.
afifah dan aliff
Kata Manchi:-

Kami hanya bercakap kosong dalam kalangan sendiri seperti bersembang di kedai kopi. Ia bukan perancangan produksi pun. Tiada arahan untuk mereka rapat.

Soal masalah di set penggambaran itu perkara biasa dan tidak boleh dielak. Namun, kedua-dua pelakon utama memberikan komitmen dan kerjasama baik.

Saya tak tahu mengenai perancangan di pusat karaoke itu

manchi

Manchi, pengarah drama Izinkan Aku Mencintaimu

Sekarang semua pihak telah pun mengeluarkan kenyataan masing-masing. Anda bolehlah menilai sendiri dan membuat kesimpulan berdasarkan apa yang telah dijelaskan. Rasanya kita dah boleh tutup kontroversi ini. Lama kelamaan jadi menyampah pulak rasanya. Tak gitu? Apa pun, semoga apa yang terjadi menjadi pengajaran buat kita semua. Sumber Berita Harian.

[jetpack-related-posts]

Sumber: Beautifulnara

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih


ibeli4u