SHARE
loading...

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kontroversi Aliff Aziz diserbu isterinya Bella Astillah saat berada di bilik karaoke dengan Afifah Nasir belum berakhir. Semalam, Aliff telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai dakwaan Afifah bahawa dia hanya berbuat baik dengan Aliff kerana ingin melancarkan proses penggambaran yang tertangguh ekoran masalah disiplin Aliff.

Menyifatkan kenyataan Afifah itu tidak masuk akal dan seperti menegakkan benang yang basah. Aliff berpendapat bukti rakaman perbualan Anzalna dengan krew penggambaran zinkan Aku Mencintaimu juga berkemungkinan hanya lakonan disebabkan Afifah enggan rakaman itu didedahkan kepada umum. Terbaru, Wan Ariff, teman lelaki Afifah telah menulis kepada Aliff Aziz menerusi Instagramnya tentang kenyataan Aliff:

Wan Ariff menulis:

Cukup-cukuplah itu. Tiba masa untuk saya bersuara. Saya gunakan Instagram peribadi saya kerana saya tak kenal mana-mana pemberita atau penulis blog untu keluarkan kenyataan saya.

Saya tak pasti @aliffaziz91 awak sedar atau tidak, tapi apa yang pasti awak bertepuk sebelah tangan. Afifah berani sumpah atas Quran dia tak pernah ada perasaan pada awak. Ia hanya sebahagian dari lakonan untuk layan sikap awak yang kebudak-budakan. Setiap mesej yang dibalas pada awak, telah dibincangkan terlebih dahulu dengan orang dari set penggambaran tersebut dan saya tahu tentangnya.

Ya, dia buat silap benarkan awak pegang tangannya, tapi itu saja dan dia dah minta maaf pada isteri awak. Sekiranya pihak produksi tak mahu bersuara apa-apa, biarkan saja mereka. Mereka takut. Kami dah cuba selesaikan semua ni cara aman tapi awak masih mahu berbalas hujah. Saya tahu macam mana LICIK awak di dalam dan luar set. Afifah beritahu saya semuanya walaupun saya tak tanya. Teruskan, nafikan semua ini. Allah melihat segalanya.

Alhamdulillah, selepas dilokap, awak minta maaf kepada dunia atas apa awak dah lakukan, terutamanya isteri awak yang tak sepatutnya dapat layanan sebegitu dari awak.

Saya hormat semua itu, tapi awak buat SAYA bengang bila awak libatkan nama Afifah. Jangan tegakkan benang yang basah?

Kebenaran masih belum didedahkan, Sekiranya awak tak puas hati dengan kenyataan saya datang jumpa saya, kita bercakap lelaki dengan lelaki. Saya akan ada di set penggambaran drama awak untuk menemani Afifah.

17125446_1047866818691229_1348063369470410752_n
Wan Ariff juga turut menerima tempias kecaman Netizen kerana masih mempercayai Afifah dan menyokongnya, tetapi memang gentleman sikap beliau yang begitu. Dahlah kacak, badan sado dan setia pula. Bertuah betul Afifah dapat teman lelaki seperti ini.

Diharap Afifah menghargai Wan Ariff dan janganlah bertindak melibatkan diri dalam perangkap sarang labah-labah seperti ini, kerana jika sudah terlekat, susah nak lepaskan diri. Adakah Aliff akan menyahut cabaran Wan Ariff? Hanya dia yang tahu jawapannya.-beautifulnara.com

[jetpack-related-posts]

Sumber: Beautifulnara

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih


ibeli4u