SHARE
loading...

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Pada mulanya mungkin bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran dan wanita yang digosipkan bercinta dengannya pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella malu untuk menjawab spekulasi mengenai hubungan mereka berdua.

Namun, kini pasangan tersebut sudah semakin terbuka mengenai status hubungan mereka. Baru-baru ini, Engku Emran menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik video hasil seni seorang lelaki yang menggunting sehelai kertas yang akhirnya membentuk imej seorang wanita. Imej tersebut begitu mirip sekali dengan wajah Bella.

Bukan itu sahaja, Engku Emran juga ada memuat naik foto imejnya yang terbentuk juga daripada kertas dan turut tagged nama akaun Instagram Bella didalam kapsyen yang ditulis.

Menghangtkan lagi gosip bahawa mereka benar-benar sedang bercinta ialah apabila Bella menerusi Insta Stories turut memuat naik foto imej seorang lelaki dan wanita yang jelas menunjukkan ia adalah Bella dan Engku Emran.

Sudah jelas nampaknya kemesraan antara Engku Emran dan Bella, malah mereka juga sudah lebih terbuka mengenai hubungan mereka bukan? Siapa tahu, mungkin selepas ini kedua-duanya akan memberikan kenyataan rasmi mengenai status hubungan mereka.

Sumber: Beautifulnara

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih


ibeli4u