SHARE
loading...

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Hujung minggu lalu, Abang Nara telah membawa keluarga ke The Curve untuk membuat persiapan Aidilfitri. Fuh!!! Memang penat berjalan dengan anak-anak cari baju raya. Habis satu kedai, satu kedai lagi. Tup-tup kami sekeluarga terlalu depan HABIB.

Apa lagi wife Abang Nara bukan main excited jadinya. Barang kemas HABIB memang feveret dia. Iyerlah, dah banyak tahun HABIB menghasilkan produk yang bermutu tinggi dan berkualiti. Selain itu, HABIB Sentiasa menjalinkan ikatan erat bersama pelanggan. Hubungan yang terjalin ini memberikan HABIB inspirasi untuk menghasilkan koleksi dan rekaan Budayakan Rantaian Kasih sempena Aidilfitri tahun ini.

habib rantai

amboi Alara kecik-kecik pun dah pandai

Disebabkan membawa 3 orang anak dan beg pun dah penuh tangan, Abang Nara cakap kat wife kita balik dulu, ushar dulu koleksi Budayakan Rantaian Kasih HABIB nie kat Internet. Kita shorlist apa yang patut. Esok lusa datang kita terus beli. Dengan hati yang berat, wife Abang Nara bersetuju. Malam itu, selepas anak-anak tidur, kami berdua bersama membuka laman web https://rantaiankasih.habibjewels.com untuk melihat koleksi-koleksi yang ditawarkan oleh HABIB sempena Syawal ini.

habib rantai

Ikhlas Abang Nara katakan, memang koleksi HABIB kali ini memukau, menawan dan mengujakan. Semuanya cantik-cantik belaka. Ikutkan hati, memang semua nak beli. Tapi kenalah ukur baju di badan sendiri kan? Antara koleksi yang mencuri perhatian Abang Nara dan wife ialah:-

habib rantai

habib rantai

habib rantai

Cantik kan? Memang rambang mata dibuatnya. Itu baru sikit. Kalau korang bukak laman web https://rantaiankasih.habibjewels.com, banyak lagi koleksi-koleksi rantai, gelang, berlian dan permata yang ada. Untuk Aidilfitri kali ini, koleksi utama yang diperkenalkan pada tahun ini ialah koleksi Arabesque yang diilhamkan oleh pereka dari HABIB. Berkonsepkan garis-garis dan bentuk geometri yang saling berkaitan dan lazimnya terdapat dalam hiasan Arab atau Moor, koleksi ini adalah ringkas, praktikal dan versatil untuk digayakan dengan pelbagai gaya dan melambangkan keindahan penyatuan serta hubungan. Koleksi ini didatangi dengan padanan emas 18K yang terdiri daripada emas kuning, putih dan juga emas ros bersama kilauan berlian yang pastinya memukau setiap mata yang memandang dan merangkumi rantai leher dan juga cincin.

habib jewels

Untuk kanak-kanak pun HABIB turut sama menghasilkan rekaan khas Koleksi Kanak-Kanak yang diperbuat dari emas 916 supaya sepadan dengan koleksi Raya ibu. Bolehlah matching-matching nanti. Nampak gaya Abang Nara terpaksalah beli satu set untuk wife, Arissa dan Alara. Raya setahun sekali, apa salahnya kan? Gembirakan hati orang tercinta jugak.
habibhabib

Kaum Adam tak perlu bersedih sebab HABIB turut menyediakan Koleksi Jejaka HABIB yang melengkapi Baju Melayu, terdiri dari Butang Baju Melayu dan cincin lelaki diperbuat dari Palladium dan disemat dengan berlian, sesuai dipakai oleh lelaki Muslim. Fuh!!! Raya nie confirm kehenseman anda akan meningkat 100%. Hati-hati jangan sampai kena ngorat. Nanti mengamuk bini. Hehehe.
habib

Menariknya, bersempena kempen Budayakan Rantaian Kasih ini, para pelanggan HABIB berpeluang untuk memenangi baucar ekslusif bernilai RM100. Senang je caranya. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah di bawah:-

1. Beritahu HABIB satu kebaikan yang telah anda terima dari orang yang anda sayangi.
2. Tag 3 kawan-kawan untuk mereka kongsi cerita #RantaianKasih.
3. Serta hashtags #RantaianKasih dan #HabibJewels
4. Jangan lupa tag @habibjewelsofficial di Instagram atau @habibjewels di Facebook
5. Pastikan profil anda dalam tetapan umum!
habib

Apa pun, Abang Nara suka dengan kempen Budayakan Rantaian Kasih ini kerana sememangnya sambutan Aidilfitri adalah tentang kasih sayang, kekeluargaan dan juga menitikberatkan hubungan yang erat. Lagi terharu apabila Abang Nara menonton video pendek yang yang menampilkan barisan para artis terkenal seperti Aiman Hakim Ridza, Maria Farida, Sweet Qismina dan juga Anne Abdullah. Tersentuh hati ini.

Jadi tunggu apa lagi? Bersegeralah ke cawangan HABIB berdekatan anda untuk melihat sendiri koleksi Budayakan Rantaian Kasih mereka. Maklumat lanjut layari https://rantaiankasih.habibjewels.com dan Facebook Habib Jewels Selamat membeli!!!

Sumber: Beautifulnara

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih


ibeli4u