SHARE
loading...

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Sejak kebelakangan ini, pelakon drama Lara Aishah iaitu Ainul Aishah sering memuat naik fotonya bersama seorang jejak kacak berbadan tegap dan mempunyai wajah seperti mat saleh di akaun Instagramnya. Ramai juga yang tertanya, siapakah gerangan jejaka kacak itu? Rupa-rupanya beliau adalah kekasih baru Ainul.

Alaa nak kena cerita ke (ketawa). Ya, dia teman lelaki saya dan kami declare hubungan ini pada hari ulang tahun saya yang ke-32 April lalu. Semuanya bermula apabila saya menerima mesej di Instagram daripada Khalid September tahun lalu dan tiga bulan selepas itu (Januari) baru saya ambil keputusan nak berjumpa. Itu pun setelah merasakan dia amat berbeza dengan mana-mana lelaki yang pernah saya kenali sebelum ini.

Khalid merupakan seorang ahli perniagaan, berusia 36 tahun dan berdarah kacukan Melayu dan Inggeris namun dibesarkan di Kedah dan Kelantan. Sikap Khalid yang sangat menghargai Ainul membuatkan beliau terpikat dengan jejaka tersebut.

Apa boleh saya katakan, Khalid berbeza dengan lelaki lain yang cuba mendekati saya sebelum ini kerana dia tidak pernah sorok siapa saya di sisinya. Seperti saya, dia juga terbuka memuat naik gambar kami di Instagram miliknya dan kami biarkan peminat menilai sendiri tanpa perlu kami kata apa-apa.

Ditanya adakah beliau sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Khalid, Ainul menyerahkan soal itu kepada jodoh.

Siapa tahu kali ini Ainul sudah bertemu dengan seseorang yang paling tepat dan sesuai dengan dirinya untuk dijadikan teman hidup? Kami mendoakan yang terbaik buat beliau.

Sumber Berita : mStar Online

Sumber: Beautifulnara

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih


ibeli4u