SHARE
loading...

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Setelah lama menyepi, semalam Shahir AF8 membuat pengakuan bahawa beliau serius berkawan dengan penyanyi dan pelakon, Erra Fazira dan sudah bersedia untuk ke fasa yang seterusnya (berkahwin) dengan wanita tersebut. Shahir tampil memberikan penjelasan kerana bersimpati dengan Erra yang selama ini menjawab pelbagai persoalan serta kontroversi mengenai status hubungan mereka.

Mengakui beliau begitu menghargai kenyataan yang diberikan oleh Shahir, Erra bagaimanapun tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai soal berkahwin dengan Shahir dan menyerahkan soal tersebut kepada ketentuan Allah SWT.

Saya sangat-sangat percaya pada aturan Allah SWT. Biarlah Allah sahaja yang tentukan soal jodoh saya. Kalau ditanya sama ada jadi atau tidak (berkahwin dengan Shahir) saya sendiri tidak tahu kerana itu adalah urusan Allah.

Kalau ada perasaan cinta dan sayang, tidak salah untuk cuba melangkah ke fasa seterusnya. Semoga segalanya dipermudahkan buat Erra dan Shahir.

Sumber Berita : Utusan Online

Sumber: Beautifulnara

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih


ibeli4u