SHARE
loading...

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Gosip cinta antara aktres jelita, Mira Filzah dan Zizan Razak bukanlah satu perkara baru. Sehingga hari ini, peminat mereka masih meletakkan harapan tinggi agar mereka benar-benar bercinta dan ada juga yang mahu melihat Mira dan Zizan ke jinjang pelamin.

Walaubagaimanapun, Mira masih tetap menyatakan hubungan mereka berdua tidak lebih daripada kawan. Meskipun hampir setiap hari diasak dengan soalan mengenai gosip percintaan ini, Mira akui beliau tidak merasa jemu kerana ia juga sebahagian daripada kehidupan beliau sebagai selebriti.

Antara saya dan Zizan tidak ada cinta, kami hanya kawan artis saja. Setakat ini saya masih tidak jemu untuk menjawab soalan sebegitu. Nak kata rimas, tak juga sebab saya yang pilih untuk membabitkan diri dalam bidang ini. Apa yang saya dapat lihat sekarang ini, peminat suka memadankan artis ini dengan artis itu. Buktinya, ramai peminat yang suka melihat jika Fattah Amin bercinta dengan Neelofa hingga diwujudkan #Loffattah.

Satu lagi pasangan yang peminat nak lihat mereka bersatu ialah Ayda Jebat dengan Redza Rosli. Bagi saya kisah cinta begitu sebagai satu trend masa kini yang dimahukan oleh peminat, pada hal artis tak ada apa-apa pun. Sebenarnya, apa yang dibuat oleh peminat itu, ada baiknya kerana secara tidak langsung dapat mempromosi produk yang dijayakan oleh artis berkenaan.

Dalam pada itu, Mira berkata beliau sebenarnya tidak menolak jika bertemu jodoh dengan golongan artis kerana mempercayai urusan jodoh sudah ditentukan oleh Allah SWT.

Sumber Berita : Utusan Online

Sumber: Beautifulnara

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih


ibeli4u