SHARE
loading...

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Sejak semalam, foto kad pengenalan dan lesen memandu milik pelakon Sofi Jikan bersama daun kecil yang dipercayai sebagai ganja mula menjadi viral di media sosial. Dalam sekelip mata nama Sofi menjadi bualan hangat dan dituduh terbabit dengan kes pengambilan ganja.

Enggan terus terpalit dengan berita palsu, Sofi menerusi portal Harian Metro menafikan khabar angin tersebut.

Gambar itu menggambarkan seolah-olah saya ditahan polis kerana terbabit dengan penggunaan ganja padahal saya menjalani rutin harian seperti biasa. Jumaat lalu, saya kehilangan dompet yang mengandungi dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalan dan lesen memandu di Kuala Perlis. Saya percaya individu yang menemui dompet berkenaan menyalahgunakan dokumen berkenaan dan menyebar berita palsu itu.

Alahai kesian pula dengan Sofi. Gara-gara kehilangan dokumen pengenalan dirinya beliau sudah dituduh terlibat dalam kes ganja pula. Harapnya dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang akan menyebarkan berita palsu ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Sumber: Beautifulnara

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih


ibeli4u