SHARE
loading...

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Sejak kebelakangan ini, sering kami dengar gosip mengatakan penyanyi baru, Sufian Suhaimi yang dikenali menerusi lagu Terakhir, sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon Elfira Loy. Walaubagaimanapun, mereka berdua menafikan khabar angin tersebut.

Kisah mengenai hubungan mereka menjadi panas apabila Elfira menerima 23 kuntum bunga ros khas dari Sufian sempena hari jadinya. Lebih romantis lagi, Sufian sendiri yang menghantar jambangan bunga ros itu ke rumah Elfira.

Namun, sejak semalam, satu screenshot Insta Stories yang dikatakan milik kekasih Sufian mula viral di Twitter. Ia mendapat perhatian netizen apabila gadis yang dikenali sebagai Izyan itu memuat naik icon sedih dan patah hati.

Lebih menguatkan dakwaan Izyan adalah kekasih Sufian ialah akaun Instagram Izyan turut mempunyai foto mesra beliau dan Sufian yang turut disertai dengan kapsyen yang agak manis.

Tidak cukup dengan bukti bergambar tersebut, seorang individu yang mendakwa dirinya merupakan teman sebilik Izyan telah melahirkan perasaan bengang dengan perbuatan Sufian. Individu berkenaan akui Sufian dan Izyan merupakan pasangan kekasih.

Sejauh mana kebenaran disebalik semua kenyataan ini tidak kami ketahui, tetapi kami harap Sufian dan Elfira dapat tampil memberikan penjelasan agar isu ini tidak terus menjadi tanda-tanya.

Sumber: Beautifulnara

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih


ibeli4u