SHARE
loading...

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Sah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka yang bekerja sebagai seorang doktor dan hanya dikenali sebagai Mr I pada 11 Disember 2016, pelakon Ummi Nazeera memberitahu beliau bakal mendirikan rumah tangga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri depan. Walaubagaimanapun, Ummi masih belum bersedia untuk mengumumkan tarikh pernikahannya yang sebenar.

Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan melangsungkan perkahwinan dengan Mr. I selepas Hari Raya nanti. Cuma tarikh sebenarnya biarlah saya rahsiakan terlebih dahulu dan akan umumkan apabila tiba masa sesuai.

Kerjaya tunangnya sebagai seorang doktor perubatan di Sarawak membuatkan pasangan ini jarang berjumpa. Namun, jika ada kelapangan, Mr I akan ke Kuala Lumpur bertemu cinta hatinya, Ummi untuk melepaskan rindu selain berbincang mengenai persiapan perkahwinan mereka.

Walaupun jarang berjumpa tetapi kami selalu berhubung menerusi telefon dan saya tiada masalah dengan perkara itu. Ini kerana saya memahami tugasnya sebagai doktor yang sentiasa memerlukan dia berada di hospital.

Bagaimanapun dia selalu pulang ke KL untuk bertemu selain berbincang mengenai persiapan perkahwinan kami.

Kami mendoakan agar persiapan perkahwinan Ummi dan Mr I berjalan dengan lancar. Kalau sudah ada tarikh jangan lupa kongsikan ia kepada peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan Ummi.

Sumber Berita : mStar Online

Sumber: Beautifulnara

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih


ibeli4u