SHARE
loading...

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Pelakon Fattah Amin akhirnya tampil membuat pengakuan sebenarnya beliau yang enggan berlakon lagi bersama Neelofa didalam drama terbaru arahan Michael Ang iaitu Hero Seorang Cinderella. Pengakuan Fattah itu adalah susulan pengunduran diri Neelofa daripada drama berkenaan yang sepatutnya menggandingkan mereka berdua.

Keputusan itu dibuat setelah beberapa perbincangan dilakukan bersama Neelofa. Walaubagaimanapun, Fattah tetap enggan berkongsi punca beliau berbuat demikian.

Saya sudah berbincang perkara ini secara peribadi dengan Neelofa untuk menjelaskan sebab saya tidak mahu berlakon dengannya dan dia bersetuju dengan keputusan tersebut. Keputusan itu juga dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh saya kongsi dengan peminat. Sepatutnya perkara ini tidak timbul dan berlarutan sehingga sekarang.

Fattah hanya memberitahu tindakannya itu demi menjaga hati keluarganya dan Neelofa. Oleh itu, Fattah berharap peminat mereka dapat menerima keputusannya itu dengan baik dan tidak mahu fenomena Lofattah terus diperkatakan.

Adalah lebih baik untuk kami tidak berlakon bersama-sama pada masa terdekat. Mana tahu kalau ada rezeki pada masa akan datang, mungkin kami akan bergandingan semula.

Apa-apa pun, Fattah mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro kerana memberikan beliau peluang bukan sahaja untuk berlakon didalam Hero Seorang Cinderella tetapi beliau juga dapat memilih heroin yang bakal bergandingan bersamanya didalam drama tersebut.

Sumber Berita : Utusan Online

Sumber: Beautifulnara

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih


ibeli4u